Sunday, April 3, 2011

Ingatlah wahai manusia.

Baru-baru ni aku ada terbaca satu entry. Dan sampai bila bila pun akan terngiang-ngiang dalam kepala otak ni tentang apa yang dia cakap


"Tuhan mintak aku spend masa 5 minit aje satu waktu"

-Cursing Malay ( February 18, 2011 )



Kadang-kadang aku terfikir jugak. Aku boleh habiskan masa berejam-rejam dekat depan screen tv, screen computer, laptop dan etc. Tapi kenapa, aku tak bolehkan luangkan masa 5 minit sahaja, untuk sujud kepada-NYA?

Baru-baru ni, ada satu perkara yang berlaku. Yang telah menyedarkan aku, yang selama ni aku dah lama tersasar dari landasan. Dan mungkin sekarang dah sampai masanya, untuk aku lakukan perubahan dalam kehidupan aku. Mungkin sedikit peribadi untuk diceritakan di sini, tetapi biarlah aku dan rakan terdekat sahaja yang tahu.

Aku bersyukur, masih belum terlambat untuk aku melakukan perubahan, dan sememangnya Tuhan masih sayangkan aku, dan menyuruh aku kembali kepadanya. Biarlah dengan segala caci-maki orang sekeliling. Aku takkan ambil pusing dah, yang penting sekarang ni aku rasa sangat tenang dan lebih yakin dalam setiap apa yang aku lakukan.

Bagi yang masih tak sedar-sedar mengenai apa yang mereka sedang lakukan itu, sedarlah wahai manusia. Sesungguhnya kita ni umat Nabi Muhammad yang berada di akhir zaman. Kiamat akan sampai pada bila-bila masa tanpa kita ketahui bila waktunya. Hentikanlah perkara-perkara yang engkau sedang lakukan itu. Ingatlah, dunia ini satu hari nanti akan sampai ke penghujungnya.

Aku tahu mungkin aku manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan, tapi aku berazam. Secara perlahan lahan aku ingin perbaiki diri aku. Ke arah yang lebih baik.


Pesanan bagi yang masih tak insaf :

"Rasulullah (saw) told us there would be 3 major earthquakes before Judgement day. 1 in the East,1 in the West & then 1 in Arabia, which will be quickly followed by Yawm al-Qiyammah. There has already been
1) Tsunami (East)
2) Haiti (West)
Both measured 7.0 on the ricter scale, And they were of the biggest earthquakes in history. Allah...u A'lam if these are the earthquakes prophesized, but know that Al-Qa'ariah is just round the corner, the signs are all nearly fulfilled and once the other major sign, the sun rises from the west, is fulfilled Allah will not accept the repentance of anyone. What have we prepared for this Day? How are we living our lives?
Pass this on so people can change before the doors of forgiveness are closed..."

1 comment: