Wednesday, April 6, 2011

Spell It Right Challenge


Dalam beberapa jam lagi, aku akan menyertai pertandingan yang aku tunggu-tunggu selama ni. Mengharapkan kemenangan, sebab hadiah dia sangat lumayan!

Tahun lepas, aku sertai jugak pertandingan ni. Tapi aku kecundang di tengah jalan sebab aku sangat gugup time tu. Sama jugak dengan beberapa orang rakan seperjuanganku yang sama-sama gugup sampai aku rasa aku eja EXTREMISM semua jadi berterabur! Salah aku jugak, overconfident pada mulanya. Tapi bila naik atas pentas dengan audience dan juga tengok muka Sofiera Jaafar yang tak boleh bla langsung tu, lagi aku jadi takut!

Jadi tahun ni, tak seberapa persediaan yang aku buat. Sebab aku tak berapa join training kawan-kawan yang lain sebab taknak miss any class. Unless kalau takde class, memang aku join. So after all, setakat ni aku punya saingan ada 10 orang. Untuk berebut pergi peringkat akhir, aku kena bersaing dengan mereka.

Jadi tahun ni, aku mengharapkan yang aku takkan mengulangi semula kesilapan yang telah aku lakukan iaitu terlampau nervous. Aku ada satu perangai ni, bila aku nervous atau takut aku sendiri pun tak tahu aku tengah cakap apa.

Sebab tu bila orang nak ajak aku gaduh, bergomol, main-main tarik tudung ke apa ke asalkan dinamakan gaduh, aku diam je. Kau maki hamun lah apa pun, cakap lah apa pun. Aku takkan banyak cakap dengan kau, sebab aku memang macamtu. Tak pandai nak catfight or apa-apa sajalah. Aku lagi suka diam-dian buat bodoh daripada buat hal.

Aku rasa sebelum-sebelum ni orang yang bergaduh tu, i mean budak sekolah yang bergaduh tu. Sangat BODOH. Lagi-lagi kalau bergaduh pasal lelaki. Memang tak dinafikan sangat BODOH. Sebab tu aku jenis yang lagi suka duduk diam, daripada pergi bergomol. Lepas tu kau masuk bilik disiplin. Tak pasal-pasal kan.

Eh orang tengah cerita pasal Spell-It-Right challenge, macammana aku boleh tersasul sampai bercerita pasal orang gaduh ni? Okay sekarang ni apa yang aku mintak, tahun ni aku tak pulang dengan tangan kosong. Hope so!

Hari-hari aku berdoa dan mintak pada tuhan, permudahkanlah segalanya. Dan kemudian usaha dan tawakal.

InsyAllah, siapa tahu. Keajaiban boleh berlaku :) Kawan-kawan, la familia serta semua yang mengenali aku ni, doakanlah kejayaan aku dalam pertandingan ni.

No comments:

Post a Comment